Panduan Solat Sunat Syukur dan Sujud Syukur Serta Doa

Sebagai seorang muslim kita sangat dianjurkan agar selalu memanjatkan rasa syukur kepada Allah swt. Terutama ketika kita memperoleh nikmat dari-Nya atau diselamatkan dari suatu musibah. Adapun cara menyampaikan rasa syukur kepada-Nya, Rasulullah saw telah mencontohkan kepada kita, antara lain melalui solat, sujud dan doa.



Panduan Solat Sunat Syukur dan Sujud SyukurSerta DoaSyukur ertinya berterima kasih kepada Allah swt.. Tentang mensyukuri nikmat Allah swt menegaskan di dalam firman-Nya: “Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahnya. Tetapi, jika kamu mengingkarinya sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7).


Solat Sunat Syukur

Dikerjakan apabila seseorang itu selesai / berjaya melakukan sesuatu pekerjaan, dalam Al-Quran ada menyebut: "Apabila selesai kerjamu, maka bangun sembahyang dan kepada tuhan kamu kemukakan pertolongan.. (Al-Insyira 7 - 8).

Syarat Sahnya adalah sama seperti mengerjakan solat fardhu, iaitu:
1. Berwuduk
2. Menghadap kiblat,
3. Menutup aurat
4. Suci pakaian dan tempat sujud


Panduan Solat Sunat Syukur
- Dilakukan dengan dua rakaat. Ia dilakukan sebaik sahaja kerja atau nikmat itu selesai atau diterima.
- Lafaz Niatnya: 

Sahaja aku sembahyang sunat syukur dua rakaat kerana Allah Ta'ala
- Rakaat pertama: Membaca surah Fatihah dan surat Al-Ikhlash.
- Rakaat kedua: Membaca surah Fatihah dan surat Al-Kafirun.

- Dalam ruku’ dan sujud pada rakaat pertama, sesudah membaca tasbih, bacalah:

اَلْحَمْدُ للهِ شُكْرًا شُكْرًا وَحَمْدًا حَمْدًا
Alhamdulilâhi syukran syukran, wa hamdan hamdan
maksudnya: Segala puji bagi Allah, terima kasih, terima kasih, dan segala pujian kusampaikan kepada-Nya.

- Dalam ruku’ dan sujud pada rakaat kedua, sesudah membaca tasbih, membaca:

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي اسْـتَجَابَ دُعَآئِي وَاَعْطَانِي مَسْأَلَتِي
Alhamdulillâhil ladzistajâba du’-âî wa a’thânî mas-alatî.
maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah mengijabah doaku dan memberi permohonanku.







Sujud Syukur

-Dari Abu Bakar RA, bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan Baginda terus sujud kepada Allah.
-Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan : “Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih).”


Maka, kesimpulanya Sujud Syukur disunatkan dilakukan dalam dua keadaan ini:
1. Ketika baru memperolehi anugerah atau nikmat seperti seseorang yang diberitakan dengan kelahiran anak, perkahwinan, kemenangan atau kejayaan yang diimpikan, dan apa jua berita yang menggembirakan.
2. Ketika terselamat daripada musibah. Contohnya, berlaku kebakaran besar di kawasan tempat tinggal kita, namun nyawa ahli keluarga kita terselamat walaupun waktu itu kita mengalami kerugian besar akibat kehilangan harta benda.

Cara Melakukan Sujud Syukur
Rukun sujud syukur seperti berikut:

- Niat
- Takbiratul Ihram
- Sujud (sekali sahaja)
- Bangun daripada sujud (duduk) dan memberi salam

Niat Sujud Syukur :

maksudnya: Sahaja aku Sujud Syukur Kerana Allah Ta'ala

Doa Sujud Syukur :

maksudnya: Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta.

Jika kita terlupa atau tidak menghafal bacaan ini, tidak mengapa.
Kita dibolehkan membaca sahaja yang bacaan yang selalu dibaca waktu sujud dalam solat, atau cukup sekadar mengucapkan “Alhamdulillah”.




Doa Syukur yang dicontohkan di dalam Al-Qur’an:


رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَ عَلَى وَالِدَيَّ وَ أَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَ أَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ.

Rabbî awzi’nî an asykura ni’matakal latî ‘alayya wa ‘alâ wâlidayya, wa an a’mala shâlihan tardhâhu, wa adkhilnî birahmatika fî ‘ibâdikash shâlihîn.

maksudnya: “Duhai Tuhanku, karuniakan padaku ilham agar aku selalu mensyukuri nikmat-Mu yang Kau anugrahkan padaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku selalu beramal shaleh yang Kau ridhai. Dengan rahmat-Mu masuk ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang shaleh.” ( An-Naml/27: 19).

Secara lebih khusus doa berikut ini oleh orang-orang yang telah mencapai usia 40 tahun:
Allah swt berfirman: “…sehingga ketika ia telah dewasa dan mencapai usia empat puluh tahun, ia berdoa:

رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَ عَلَى وَالِدَيَّ وَ أَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَ أَصلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَ إِنِى مِنَ الْمُسْلِمِينَ.

Rabbî awzi’nî an asykura ni’matakal latî ‘alayya wa ‘alâ wâlidayya, wa an a’mala shâlihan tardhâhu, wa ashlihlî fî dzurriyyatî, innî tubtu ilayka wa innî minal muslimîn.

maksudnya: “Duhai Tuhanku, karuniakan padaku ilham agar aku selalu mensyukuri nikmat-Mu yang Kau anugrahkan padaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku selalu beramal shaleh yang Kau ridhai. Karuniakan padaku kebaikan dalam keturunanku, sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Al-Ahqaf/46: 15).



p/s: Kita digalakkan untuk melakukan tatacara yang paling sempurna dan pandangan ulama’ yang paling ramai. Lagipun, ia tidaklah sesukar mana. Maka, manfaatkanlah peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat. Ini kerana, dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah SAW.

Selain itu, ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur apabila menerima perkhabaran gembira, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau dan nikmat kurniaan Allah.

sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Cara Menunaikan Solat Istikharah Serta Doa


CARA SOLAT ISTIKHARAH

Mungkinkah anda sedang dilamun cinta dengan dua lelaki?. Bayangkan jika dilamar oleh dua jejaka, macam mana mahu buat pilihan?

Selepas graduasi, dapat dua tawaran pekerjaan. Juga masih tidak tahu mahu pilih yang mana satu?

Terlalu biasa senario seperti ini bukan? Tidak lain dan tidak bukan, cara yang paling mudah ialah melakukan solat istikharah. Soalnya, bagaimanakah cara solat istikharah yang ringkas? Bukan sahaja ringkas, bagaimanakah cara solat istikharah yang mudah dan betul?

APA ITU SOLAT ISTIKHARAH?

Solat istikharah ialah solat sunat yang dikerjakan bagi mengetahuai penentuan dan memohon diberikan petunjuk agar mendapat keputusan yang berbaik. Istikharah lazim dipraktikkan apabila berlaku ketidakpastian dalam melaksanakan satu-satu maksud. Mudah-mudahan dengan solat sunat ini, Allah menunjukkan petanda-Nya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.

Samada soal kerja ada jodoh, tanya dan mintalah pada Allah kerana Dialah sebaik-baik perancang. Ini panduan dan cara solat istikharah ihsan dari Unisza.

BAGAIMANA CARA SOLAT ISTIKHARAH ?


DOA SOLAT ISTIKHARAH

“Ya Allah, aku memohon agar Engkau memilihkan mana yang baik pada ilmu Engkau Ya Allah. Aku memohon agar Engkau memberikan kepastikan melalui ketentuanMu dan aku memohon limpahan Engkau Yang Maha Agung, kerana sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa, walhal aku tidak tahu dan Engkaulah Yang Amat Maha Mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi. Ya Allah, jika persoalan ini… (nyatakan persoalan anda itu di sini)… baik bagiku, baik bagi agamaku, dan baik bagi hidupku, maka mudahkanlah ia bagiku, kemudian berikanlah keberkatan di dalamnya untukku. Ya Allah, jika sesungguhnya persoalan ini… (Nyatakan persoalan anda itu di sini)… tidak baik bagiku, tidak baik bagi agamaku dan tidak baik bagi hidupku, jugak tidak baik akibatnya bagiku, maka jauhkanlah hal ini daripadaku, dan jauhkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah aku dengan kebaikan di mana sahaja aku berada, kemudian jadikanlah aku orang yang redha atas anugerah-Mu.”

Akhir kata, semoga dengan adanya panduan dan cara solat istikharah ini dapat memberi manfaat pada anda untuk melakukan solat istikharah. Tanyalah pada Allah dan ikut gerak hati.

Semoga membuat pilihan yang tepat!

Video Panduan Solat Sunat Istikharah


Sumber Video: Digital Dakwah Channel
Sumber:  Panduan Mengerjakan Solat Sunat & Surah Yasin dan Amalan Pilihan, 
Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)

Model Dron Ababil Al-Qassam Digeruni Israel

MUHAMMAD AL-ZAWARI, seorang jurutera penerbangan dan pereka cipta berasal dari Tunisia. Beliau belajar dan mengkaji ilmu kejuruteraan seterusnya menjadi juruterbang. Beliau menyertai Briged Izzuddin Al-Qassam dan diserapkan dalam pasukan pembuat pesawat tanpa pemandu (dron). Sejak itu, beliau tersenarai di kalangan mereka yang paling dikehendaki oleh Israel.