Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

Kelebihan Dan Cara Minum Air Ikut Sunnah

Air begitu penting dan tubuh amat bergantung padanya selama proses biologis berlangsung. Itulah mengapa Rasulullah saw tetap menganjurkan umatnya agar tetap bangun sahur dan bersegera untuk berbuka walau hanya dengan minum air putih saja. Meski meminum adalah hal, kecil, Islam berbeza dengan umat lain. Islam mengajarkan adab dan tata-cara yang tak dimiliki agama lain.




Cara:
-Membaca “Basmallah” sebelum. -“memuji Allah”(Alhamdulillah) selepas
-Dalam keadaan duduk.
-Minum dengan tangan kanan.
-Minum dengan 3 nafas.
‘Abra’ (Melepaskan penyakit)
‘Arwa’ (Menghilangkan kehausan)
‘Amra’ (kuatkan sistem pencernaan)
-Minum air kosong selepas minum susu atau minuman berlemak.
-Membaca doa selepas minum.

 الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَهُ عَذْبًا فُرَاتًا بِرَحْمَتِهِ وَلَمْ يَجْعَلْهُ ملحًا أُجَاجًا بذنوبنا 
Allhamdulillah hillazi jaalahu azban furaatan birahmatihi walam yajalhu milhan ujaajan bizunubinaa

Maksudnya:
“Segala Puji bagi Allah yang telah menjadikan air yang baik dan segar dengan rahmatNya, dan tidak menjadikan ia masin dengan dosa-dosa kami”

Kelebihan Minum Air Ikut Sunnah Nabi dengan keadaan Duduk & 3 kali teguk:
1. Ginjal sentiasa dalam keadaan baik.
2. Lutut berfungsi dengan baik.
3. Tulang punggung sentiasa kuat.
4. Katup Jantung tidak pernah berhenti.
5. Fikiran sentiasa aktif.


Orang yang menuang air untuk orang lain ialah orang yang terakhir akan minum.

Rasulullah suka minuman manis yang sejuk. Baginda mencampurkan air dengan kismis, madu atau tamar pada waktu malam, baginda akan minum pada waktu siang. Baginda meminum susu dengan mencampurkan dengan air sejuk. Baginda minum sawiq iaitu tepung gandum yang dilarutkan dalam air kerana memberikan kelapangan dada dan kecerdasan badan.

Perkara yang dibenci
Meniup makanan atau minuman panas sebelum makan atau minum.Bernafas dalam bekas minuman ketika minum.

Air begitu penting dan tubuh amat bergantung padanya selama proses biologis berlangsung. Itulah mengapa Rasulullah saw tetap menganjurkan umatnya agar tetap bangun sahur dan bersegera untuk berbuka walau hanya dengan minum air putih saja. Meski meminum adalah hal, kecil, Islam berbeza dengan umat lain. Islam mengajarkan adab dan tata-cara yang tak dimiliki agama lain.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian minum sambil berdiri. Barang siapa lupa sehingga minum sambil berdiri, maka hendaklah ia berusaha untuk memuntahkannya.” (HR. Ahmad no 8135)

Dari Ibnu Abbas, “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang untuk bernafas atau meniup wadah air minum.” (HR. Turmudzi no. 1888 dan Abu Dawud no. 3728, hadits ini dishahihkan oleh Al-Albani)

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu beliau mengatakan, “Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam minum beliau mengambil nafas di luar wadah air minum sebanyak tiga kali.” Dan beliau bersabda, “Hal itu lebih segar, lebih enak dan lebih nikmat.” Anas mengatakan, “Oleh karena itu ketika aku minum, aku bernafas tiga kali.” (HR. Bukhari no. 45631 dan Muslim no. 2028)

Dengan demikian mari biasakan minum air putih dan meminum cara Nabi agar tubuh kita tetap sihat dan terhindar dari pelbagai penyakit, dan InsyaAllah lebih barakah. Wallahu a’lam.

Tips Wajib Tahu Cara Atasi Ilmu Pukau

Pukau boleh berlaku melalui kaedah seperti hembusan asap rokok, renungan mata, senyuman, minuman, telefon (percakapan dan SMS), bersalaman, melalui angin, menepuk belakang, serta membuang najis atau pakaian buruk di hadapan rumah mangsa. Banyak juga kes pukau terjadi menggunakan medium laman sosial seperti Facebook dan Twitter. - istune


Tips Wajib Tahu Cara Atasi Ilmu Pukau ~

Kita juga harus berhati-hati sekiranya menemui benda pelik seperti telur busuk, selipar sebelah dan najis manusia di hadapan rumah kerana itu adalah salah satu cara untuk menghantar ilmu pukau ke rumah bagi tujuan jenayah.

Pukau boleh berlaku dalam tempoh sekitar 5 hingga 10 saat. Bagi wanita, anak gadis atau remaja, lazimnya mereka terjebak dengan pukau yang membabitkan perasaan cinta. Sebab itulah kita sering dengar, ada orang yang sanggup mengikut lari lelaki yang baru dikenali termasuklah warga asing kerana apabila terkena pukau, individu itu akan berasa terlalu sayang kepada orang yang mengenakan sihir ke atasnya.
Tanda-Tanda Dipukau
Tanda-tanda mereka yang terkena pukau ialah nampak sesuatu yang sebaliknya misalnya, hodoh bertukar cantik.
Selain itu, jantung berdebar-debar, terima panggilan senyap, sakit di belakang badan dan sakit kepala khususnya menjelang waktu Maghrib juga merupakan tanda seseorang terkena ilmu pukau.
Mereka yang terkena ilmu pukau ini biasanya tidak akan sedar melainkan selepas ditegur oleh orang sekeliling seperti ahli keluarga terdekat yang nampak perubahan diri mereka.

Terdapat kes yang membabitkan seorang lelaki yang terkena ilmu pukau ketika dia mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM). Selepas terkena ilmu tersebut, lelaki itu mengalami kemurungan selama tiga tahun.




Lihat diantara kes berkaitan;

Kes 1; Melihat Mata
Kes seorang bekas pekerja Telekom Malaysia kerugian lebih RM20,000 selepas barang kemas dan jam tangan miliknya dilarikan oleh seorang wanita berjubah hitam di Padang Serai, Kedah. Mangsa mendakwa, dia tidak menyedari kehilangan barangan tersebut kerana telah dipukau oleh wanita tersebut. 

Ceritanya, ketika kejadian, dia bersama suami serta beberapa ahli keluarga lain keluar untuk membeli barangan keperluan di pekan Padang Serai kira-kira pukul 10.30 pagi. 

Ketika singgah di sebuah gerai menjual ubat tradisional, dia tiba-tiba dihampiri oleh seorang wanita yang tidak dikenalinya. Wanita itu mendakwa dia mengalami sakit mata dan meminta saya melihat ke arah matanya yang merah. Saya mengikut arahannya dan sebaik melihat mata wanita itu secara dekat, saya tidak sedar apa yang berlaku selepas itu

Kes 2; Disapa Wanita Seksi
Seorang warga emas dan isterinya bukan saja disamun dalam sebuah kenderaan, malah dipaksa berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer apabila terpedaya dengan janji manis suspek kononnya ingin meminta bantuan mangsa sebagai penjamin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa lelaki berusia 77 tahun bersama isterinya, 50,  baru saja mengeluarkan wang RM10,000 dari sebuah bank dipercayai untuk digunakan bagi membaik pulih rumahnya. Modus operandi kumpulan itu menggunakan seorang wanita sebelum mangsa dibawa bertemu dengan dua lagi lelaki yang sedang menunggu di dalam sebuah kereta dan kemudiannya menyamun mangsa dalam kenderaan berkenaan. 

Mangsa kemudiannya akan ditinggalkan selepas disamun. Mangsa yang dalam keadaan ketakutan menyerahkan wang tunai RM10,000, jam tangan dan cincin yang dipakai isterinya kepada suspek.

Kes 3; Melalui Laman Soaial FB
Seorang gadis 18 tahun, menceritakan sewaktu hari kejadian dia dilaporkan hilang, dia mendakwa dirinya seperti dipukau dan sekadar mampu untuk menuruti arahan seorang teman lelaki yang baru dikenali dalam laman sosial Facebook. Menurutnya, setelah dia keluar dari tempat kerja dan mengikut lelaki terbabit, beliau mendakwa dihantar ke sebuah rumah dan dikenalkan dengan seorang rakan perempuan lelaki terbabit. 

Sepanjang tinggal di situ, fikiran saya seolah-olah kosong dan saya tidak mampu untuk mengingati apa-apa termasuk diri sendiri dan ahli keluarga. Setelah hampir 20 hari menghilang, saya terbaca berita kehilangan diri saya melalui akhbar dan saya lantas mengingati kembali segala-galanya mengenai diri saya dengan serta-merta.

Kes 4; Juga Melalui Laman Soaial FB
Kisah seorang isteri yang dilarikan warga Indonesia bulan lalu dipercayai dibawa ke negara berkenaan dengan menaiki tongkang melalui Pelabuhan Klang sehari selepas dia dilaporkan hilang. 

Dia juga terpaksa menempuh perjalanan yang panjang termasuk menaiki bas selama lima hari lima malam dari Medan ke Surabaya. Mereka hanya mahukan wang dan akan meninggalkan isteri saya yang dipukaunya selepas apa yang dihajati tercapai. 

Warga Indonesia yang kelihatan alim ketika bekerja di sini telah berumahtangga dan mempunyai seorang anak perempuan berusia sembilan tahun,berlagak alim itu turut menjual barang kemas ibu kepada tiga anak itu yang dipukau bernilai RM15,000 sebelum bergerak ke Rambipuji Daerah Jemba, Surabaya. 

Ketika ditemui, wanita itu tidak menunjukkan sebarang perasaan dan hanya kenali suaminya sebagai orang biasa bukan sebagai suaminya, beliau sering meracau-racau dengan menunjukkan dia berada dalam keadaan tidak sihat. dengan bantuan penduduk di sana membawa isteri mendapatkan rawatan di sana kerana dipercayai terkena ilmu hitam. Selepas menjalani rawatan tersebut, beliau mula mengenali saya dan mula teringatkan anak-anak.

Kes 5; Dicalit Minyak
Terdapat satu kes di mana seorang remaja perempuan yang baharu pulang dari Mesir selepas menamatkan pengajian di sana menaiki bas dan duduk bersebelahan dengan seorang Awang Hitam. 

Warga Afrika itu cuba berbual-bual dengan remaja terbabit tetapi tidak dilayan. Kemudian, dia berpura-pura terpegang pergelangan tangan mangsa tetapi sebenarnya dia mencalitkan minyak dagu kepada remaja itu. 

Selepas kejadian itu, remaja terbabit sering termimpikan Awang Hitam berkenaan. Remaja tersebut cuba mencari Awang Hitam itu di lokasi perhentian bas yang dijumpainya dan selepas itu, dia dilaporkan hilang selama dua bulan dan dipercayai mengikut warga Afrika terbabit. Lebih mengejutkan, apabila remaja berkenaan pulang ke kampung dua bulan selepas itu, dia berpakaian seksi sedangkan dahulunya dia bertudung labuh.

Kes 6; Menjawab Salam Dari Orang Tak Dikenali
Seorang wanita berusia 37 tahun yang tinggal bersendirian di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur dipukau hingga separuh bogel sebelum disamun. Ketika kejadian dia berseorangan di rumah manakala adik sepupunya keluar untuk membeli barang. 

Selepas mendengar orang memberi salam di pintu hadapan dia tanpa teragak-agak membuka pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, beliau melihat seorang lelaki dan wanita berdiri di muka pintu. Lelaki itu berbaju Melayu hitam manakala pasangannya berpurdah. 

Saya yang seperti terkaku membenarkan mereka masuk ke dalam rumah.Sebaik sahaja masuk, pasangan itu bertanyakan tempat saya menyimpan barang berharga dan saya lantas menunjukkan tempat simpanan itu kepada mereka. Tidak cukup dengan itu, beliau diarahkan membuka pakaian dan tanpa rasa malu, saya hanya menuruti arahannya itu dalam keadaan separuh sedar. 

Selepas mengambil barangan bernilai lebih RM10,000, mereka mengarahkan saya berbaring di dalam bilik sebelum mereka bergegas keluar.

Beliau tidak dapat menggerakkan badan sehingga adik sepupu saya pulang ke rumah dan mengejutkannya. Apabila mendapati dirinya berada dalam keadaan separuh bogel dan rumahnya bersepah, barulah Sarifah tersedar ia angkara pasangan berlagak alim yang masuk ke rumahnya itu.

Kes 7; Dihembus Asap Rokok
Ibu kepada seorang anak dan sudah mendirikan rumah tangga selama 15 tahun, dia mempunyai masalah sering berasa dingin setiap kali ingin bersama suaminya. 

Setelah menceritakan masalah yang dihadapi itu kepada seorang rakan yang seterusnya memperkenalkannya kepada seorang bomoh di Selangor. bagi memulihkan keadaan saya itu. 

Bomoh tersebut berjanji mahu membantunya dengan mengenakan kos rawatan sebanyak RM3,000 serta kos tambahan bagi tujuh rawatan yang lain.Untuk sesi rawatan pertama, Mona diajar cara perhubungan seksual yang dapat membantu meningkatkan kemesraan antara suami isteri oleh bomoh berkenaan dan isterinya. 

Bomoh itu meminta Mona membawa wang kononnya untuk membeli beberapa peralatan yang akan digunakan. Sepanjang proses rawatan itu, bomoh itu meminta kebenaran untuk merokok. Sebaik saja bomoh itu menghembuskan asap rokok, Beliau pening dan seakan-akan mengikut kata-kata bomoh berkenaan.

Bomoh itu memberitahu dia perlu memasukkan minyak yang sudah dijampi ke dalam bahagian sulitnya kerana katanya, ada saka dan ia perlu ditarik keluar. Tanpa sebarang bantahan, beliau sekali lagi akur. Akhirnya beliau mengalami kerugian hampir RM6,000 akibat dipukau oleh bomoh berkenaan.
Dan banyak lagi kes-kes yang tidak berkesudahan banyaknya...


Tips Wajib Tahu Cara Atasi Ilmu Pukau Cara untuk pelindung diri


Bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa pukau, kita supaya menjauhkan diri daripada orang tidak dikenali yang secara tiba-tiba ingin rapat, di samping jangan mudah percaya kepada seseorang.

Jika pengamal ilmu sihir boleh melakukan latihan untuk mendapatkan ilmu yang dikehendaki, Kita juga perlu melatih diri kita dengan mengamalkan panduan yang boleh mengelakkan diri dari terkena ilmu berkenaan. Jika mendengar salam yang diberi oleh orang yang tidak dikenali, jangan dijawab dahulu dan jangan terus bertentang mata mereka.

Antara kaedah yang boleh diamalkan;
[1]. Berwuduk
Cara paling mudah seseorang itu mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau ialah dengan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk supaya jin dan syaitan tidak dapat menguasai diri kita. 

Latihan seperti itu perlu diamalkan supaya niat jahat seseorang itu tidak berjaya kerana hanya wuduk mampu mematahkan semua niat jahat ingin diperlakukan kepada kita. Lagi cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau ini iaitu dengan mengamalkan ayat suci al-Quran dan zikir sebagai benteng untuk diri.

[2]. Berdoa
Setiap kali keluar rumah jangan lupa baca doa yang sewajarnya dan sentiasa menjaga solat sebagai perisai mukmin.

3]. Ayat Kursi
Antara Beberapa khasiat Ayat Al-Kursi :
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sholat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.


[4]. Membaca Surah Al-Muawwizat
(Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas)

Fadhilat Surah Al-Muawwizat
Keistimewaan dan khasiatnya mengamalkan ‘Surah Al-Muawwizat’ adalah;
-  Pelindung / pendinding diri.
-  Penyembuh segala penyakit zahir dan batin.
-  Segala keperluan hidupnya akan dicukupkan dan sempurna.
-  Terpelihara daripada segala keburukan dan kemudaratan.
-  Memperoleh pahala sunnah apabila diwiridkan selepas solat fardhu.

Untuk 'pendinding diri'.
Amalkan membaca beberapa ayat suci al-Quran seperti surah Hud (ayat 57) setiap kali selepas solat fardu, surah Yassin (ayat 9), surah as-Soffat (ayat 6) dan surah Yunus (ayat 81 dan 83) - istune

Sumber: Islam Itu Indah

Panduan Solat Sunat Syukur dan Sujud Syukur Serta Doa

Sebagai seorang muslim kita sangat dianjurkan agar selalu memanjatkan rasa syukur kepada Allah swt. Terutama ketika kita memperoleh nikmat dari-Nya atau diselamatkan dari suatu musibah. Adapun cara menyampaikan rasa syukur kepada-Nya, Rasulullah saw telah mencontohkan kepada kita, antara lain melalui solat, sujud dan doa.



Panduan Solat Sunat Syukur dan Sujud SyukurSerta DoaSyukur ertinya berterima kasih kepada Allah swt.. Tentang mensyukuri nikmat Allah swt menegaskan di dalam firman-Nya: “Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahnya. Tetapi, jika kamu mengingkarinya sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7).


Solat Sunat Syukur

Dikerjakan apabila seseorang itu selesai / berjaya melakukan sesuatu pekerjaan, dalam Al-Quran ada menyebut: "Apabila selesai kerjamu, maka bangun sembahyang dan kepada tuhan kamu kemukakan pertolongan.. (Al-Insyira 7 - 8).

Syarat Sahnya adalah sama seperti mengerjakan solat fardhu, iaitu:
1. Berwuduk
2. Menghadap kiblat,
3. Menutup aurat
4. Suci pakaian dan tempat sujud


Panduan Solat Sunat Syukur
- Dilakukan dengan dua rakaat. Ia dilakukan sebaik sahaja kerja atau nikmat itu selesai atau diterima.
- Lafaz Niatnya: 

Sahaja aku sembahyang sunat syukur dua rakaat kerana Allah Ta'ala
- Rakaat pertama: Membaca surah Fatihah dan surat Al-Ikhlash.
- Rakaat kedua: Membaca surah Fatihah dan surat Al-Kafirun.

- Dalam ruku’ dan sujud pada rakaat pertama, sesudah membaca tasbih, bacalah:

اَلْحَمْدُ للهِ شُكْرًا شُكْرًا وَحَمْدًا حَمْدًا
Alhamdulilâhi syukran syukran, wa hamdan hamdan
maksudnya: Segala puji bagi Allah, terima kasih, terima kasih, dan segala pujian kusampaikan kepada-Nya.

- Dalam ruku’ dan sujud pada rakaat kedua, sesudah membaca tasbih, membaca:

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي اسْـتَجَابَ دُعَآئِي وَاَعْطَانِي مَسْأَلَتِي
Alhamdulillâhil ladzistajâba du’-âî wa a’thânî mas-alatî.
maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah mengijabah doaku dan memberi permohonanku.







Sujud Syukur

-Dari Abu Bakar RA, bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan Baginda terus sujud kepada Allah.
-Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan : “Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih).”


Maka, kesimpulanya Sujud Syukur disunatkan dilakukan dalam dua keadaan ini:
1. Ketika baru memperolehi anugerah atau nikmat seperti seseorang yang diberitakan dengan kelahiran anak, perkahwinan, kemenangan atau kejayaan yang diimpikan, dan apa jua berita yang menggembirakan.
2. Ketika terselamat daripada musibah. Contohnya, berlaku kebakaran besar di kawasan tempat tinggal kita, namun nyawa ahli keluarga kita terselamat walaupun waktu itu kita mengalami kerugian besar akibat kehilangan harta benda.

Cara Melakukan Sujud Syukur
Rukun sujud syukur seperti berikut:

- Niat
- Takbiratul Ihram
- Sujud (sekali sahaja)
- Bangun daripada sujud (duduk) dan memberi salam

Niat Sujud Syukur :

maksudnya: Sahaja aku Sujud Syukur Kerana Allah Ta'ala

Doa Sujud Syukur :

maksudnya: Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta.

Jika kita terlupa atau tidak menghafal bacaan ini, tidak mengapa.
Kita dibolehkan membaca sahaja yang bacaan yang selalu dibaca waktu sujud dalam solat, atau cukup sekadar mengucapkan “Alhamdulillah”.




Doa Syukur yang dicontohkan di dalam Al-Qur’an:


رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَ عَلَى وَالِدَيَّ وَ أَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَ أَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ.

Rabbî awzi’nî an asykura ni’matakal latî ‘alayya wa ‘alâ wâlidayya, wa an a’mala shâlihan tardhâhu, wa adkhilnî birahmatika fî ‘ibâdikash shâlihîn.

maksudnya: “Duhai Tuhanku, karuniakan padaku ilham agar aku selalu mensyukuri nikmat-Mu yang Kau anugrahkan padaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku selalu beramal shaleh yang Kau ridhai. Dengan rahmat-Mu masuk ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang shaleh.” ( An-Naml/27: 19).

Secara lebih khusus doa berikut ini oleh orang-orang yang telah mencapai usia 40 tahun:
Allah swt berfirman: “…sehingga ketika ia telah dewasa dan mencapai usia empat puluh tahun, ia berdoa:

رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَ عَلَى وَالِدَيَّ وَ أَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَ أَصلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَ إِنِى مِنَ الْمُسْلِمِينَ.

Rabbî awzi’nî an asykura ni’matakal latî ‘alayya wa ‘alâ wâlidayya, wa an a’mala shâlihan tardhâhu, wa ashlihlî fî dzurriyyatî, innî tubtu ilayka wa innî minal muslimîn.

maksudnya: “Duhai Tuhanku, karuniakan padaku ilham agar aku selalu mensyukuri nikmat-Mu yang Kau anugrahkan padaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku selalu beramal shaleh yang Kau ridhai. Karuniakan padaku kebaikan dalam keturunanku, sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Al-Ahqaf/46: 15).



p/s: Kita digalakkan untuk melakukan tatacara yang paling sempurna dan pandangan ulama’ yang paling ramai. Lagipun, ia tidaklah sesukar mana. Maka, manfaatkanlah peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat. Ini kerana, dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah SAW.

Selain itu, ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur apabila menerima perkhabaran gembira, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau dan nikmat kurniaan Allah.

sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Cara Menunaikan Solat Istikharah Serta Doa


CARA SOLAT ISTIKHARAH

Mungkinkah anda sedang dilamun cinta dengan dua lelaki?. Bayangkan jika dilamar oleh dua jejaka, macam mana mahu buat pilihan?

Selepas graduasi, dapat dua tawaran pekerjaan. Juga masih tidak tahu mahu pilih yang mana satu?

Terlalu biasa senario seperti ini bukan? Tidak lain dan tidak bukan, cara yang paling mudah ialah melakukan solat istikharah. Soalnya, bagaimanakah cara solat istikharah yang ringkas? Bukan sahaja ringkas, bagaimanakah cara solat istikharah yang mudah dan betul?

APA ITU SOLAT ISTIKHARAH?

Solat istikharah ialah solat sunat yang dikerjakan bagi mengetahuai penentuan dan memohon diberikan petunjuk agar mendapat keputusan yang berbaik. Istikharah lazim dipraktikkan apabila berlaku ketidakpastian dalam melaksanakan satu-satu maksud. Mudah-mudahan dengan solat sunat ini, Allah menunjukkan petanda-Nya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.

Samada soal kerja ada jodoh, tanya dan mintalah pada Allah kerana Dialah sebaik-baik perancang. Ini panduan dan cara solat istikharah ihsan dari Unisza.

BAGAIMANA CARA SOLAT ISTIKHARAH ?


DOA SOLAT ISTIKHARAH

“Ya Allah, aku memohon agar Engkau memilihkan mana yang baik pada ilmu Engkau Ya Allah. Aku memohon agar Engkau memberikan kepastikan melalui ketentuanMu dan aku memohon limpahan Engkau Yang Maha Agung, kerana sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa, walhal aku tidak tahu dan Engkaulah Yang Amat Maha Mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi. Ya Allah, jika persoalan ini… (nyatakan persoalan anda itu di sini)… baik bagiku, baik bagi agamaku, dan baik bagi hidupku, maka mudahkanlah ia bagiku, kemudian berikanlah keberkatan di dalamnya untukku. Ya Allah, jika sesungguhnya persoalan ini… (Nyatakan persoalan anda itu di sini)… tidak baik bagiku, tidak baik bagi agamaku dan tidak baik bagi hidupku, jugak tidak baik akibatnya bagiku, maka jauhkanlah hal ini daripadaku, dan jauhkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah aku dengan kebaikan di mana sahaja aku berada, kemudian jadikanlah aku orang yang redha atas anugerah-Mu.”

Akhir kata, semoga dengan adanya panduan dan cara solat istikharah ini dapat memberi manfaat pada anda untuk melakukan solat istikharah. Tanyalah pada Allah dan ikut gerak hati.

Semoga membuat pilihan yang tepat!

Video Panduan Solat Sunat Istikharah


Sumber Video: Digital Dakwah Channel
Sumber:  Panduan Mengerjakan Solat Sunat & Surah Yasin dan Amalan Pilihan, 
Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)