Kelebihan Surah Al Ikhlas

 


“Barang siapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titia siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” (HR Qurtuby).

Rasulullaah Muhammad SAW pada suatu ketika bersabda:

“Demi Allah yang jiwaku di Genggaman-Nya, sesungguhnya QUL HUWALLAHU AHAD itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, ALLAHHUS SOMAD itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, LAM YALID WALAM YUULAD tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, WALAM YAKULLAHU KUFUAN AHAD tertulis pada sayap tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s”.

Berkata ibny abbas r.a bahwa Rasulullah SAW telah bersabda : “Ketika saya (Rasulullah SAW) isra’ ke langit, saya melihat arasy di atas 360,000 pilar dan jarak jauh antara satu pilar ke pilar yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan.Pada tiap-tiap pilar itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000 dan luasnya setiap padang itu seluas dari timur hingga ke barat.Pada setiap padang itu terdapat 80.000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surat Al-ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surat tersebut maka berkata mereka: “Wahai tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik lelaki maupun perempuan”.

Riwayat Anas bin Malik
juga merekam kisah berkaitan surah Al-Ikhlas.

“Suatu ketika 70.000 malaikat di utus datang kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal. Kedatangan para malakat itu hingga meredupkan cahaya matahari 70,000 malaikat di utus hanya kerana almarhum sering membaca surat ini.

Anas bin Malik yang saat itu sedang bersama Nabi Muhammad SAW di tabuk merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanya dan malaikat jibril datang kepada nabi untuk memberitakan kejadian yang sedang terjadi di Madinah. 

Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” (HR Qurtuby).

Sungguh surah al-ikhlas ini memiliki pahala yang besar bagi yang mangamalkannya, dari pada waktu luang kita terbuang akan jauh lebih baik bila kita membaca surat pendek ini.

Dari Abu Sa'id (Al-Khudri) bahawa seorang laki-laki mendengar seseorang membaca dengan berulang-ulang Qul Huwallahu ahad’.Tatkala pagi hari, orang yang mendengar tadi mendatangi Rasululah SAW dan menceritakan kejadian tersebut dengan nada se akan-akan merendahkan surah Al-Ikhlas. Kemudian Rasulullah SAW bersabda :

”Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya surat ini sebanding dengan sepertiga Al-Qur'an”. (HR Bukhari no.6643)

Nabi Muhammad SAW bersabda , 

“apakah seorang di antara kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga Al-Qur'an dalam semalam?” Mereka mengatakan “Bagaimana kami bisa membca sepertiga Al-Qur'an ?” Lalu nabi Shallallahualaihi wasallam bersabda, Qul huwallahu ahad itu sebanding dengan sepertiga Al-Qur'an”.(HR. Muslim no.1922).

Subhanallah, semoga kita boleh mengamalkannya setiap waktu.

Jangan lupa dikongsikan bersama...

Rasulullah SAW bersabda :

“Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang membaca mengamalkannya maka di akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.”


Makna dan ejaan Rumi

Surah Al-Ikhlaas - سورة الإخلاص

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Bis-mil-lah hir-rah-maa nir-ra-him

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

.

قُلْ هُوَ اللَّـهُ أَحَدٌ (١)

Qul hu-wal-la-hu a-had

1.  Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.

.

اللَّـهُ الصَّمَدُ (٢)

Al-lah hus-sho-mad

2.  Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

.

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (٣)

Lam ya-lid wa-lam yuu-lad

3.  Dia tiada beranak dan tidak juga diperanakkan.

.

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ (٤)

Wa-lam ya-kul la-hu ku-fu-wan a-had

4.  Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Kelebihan Dan Cara Minum Air Ikut Sunnah

Air begitu penting dan tubuh amat bergantung padanya selama proses biologis berlangsung. Itulah mengapa Rasulullah saw tetap menganjurkan umatnya agar tetap bangun sahur dan bersegera untuk berbuka walau hanya dengan minum air putih saja. Meski meminum adalah hal, kecil, Islam berbeza dengan umat lain. Islam mengajarkan adab dan tata-cara yang tak dimiliki agama lain.




Cara:
-Membaca “Basmallah” sebelum. -“memuji Allah”(Alhamdulillah) selepas
-Dalam keadaan duduk.
-Minum dengan tangan kanan.
-Minum dengan 3 nafas.
‘Abra’ (Melepaskan penyakit)
‘Arwa’ (Menghilangkan kehausan)
‘Amra’ (kuatkan sistem pencernaan)
-Minum air kosong selepas minum susu atau minuman berlemak.
-Membaca doa selepas minum.

 الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَهُ عَذْبًا فُرَاتًا بِرَحْمَتِهِ وَلَمْ يَجْعَلْهُ ملحًا أُجَاجًا بذنوبنا 
Allhamdulillah hillazi jaalahu azban furaatan birahmatihi walam yajalhu milhan ujaajan bizunubinaa

Maksudnya:
“Segala Puji bagi Allah yang telah menjadikan air yang baik dan segar dengan rahmatNya, dan tidak menjadikan ia masin dengan dosa-dosa kami”

Kelebihan Minum Air Ikut Sunnah Nabi dengan keadaan Duduk & 3 kali teguk:
1. Ginjal sentiasa dalam keadaan baik.
2. Lutut berfungsi dengan baik.
3. Tulang punggung sentiasa kuat.
4. Katup Jantung tidak pernah berhenti.
5. Fikiran sentiasa aktif.


Orang yang menuang air untuk orang lain ialah orang yang terakhir akan minum.

Rasulullah suka minuman manis yang sejuk. Baginda mencampurkan air dengan kismis, madu atau tamar pada waktu malam, baginda akan minum pada waktu siang. Baginda meminum susu dengan mencampurkan dengan air sejuk. Baginda minum sawiq iaitu tepung gandum yang dilarutkan dalam air kerana memberikan kelapangan dada dan kecerdasan badan.

Perkara yang dibenci
Meniup makanan atau minuman panas sebelum makan atau minum.Bernafas dalam bekas minuman ketika minum.

Air begitu penting dan tubuh amat bergantung padanya selama proses biologis berlangsung. Itulah mengapa Rasulullah saw tetap menganjurkan umatnya agar tetap bangun sahur dan bersegera untuk berbuka walau hanya dengan minum air putih saja. Meski meminum adalah hal, kecil, Islam berbeza dengan umat lain. Islam mengajarkan adab dan tata-cara yang tak dimiliki agama lain.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian minum sambil berdiri. Barang siapa lupa sehingga minum sambil berdiri, maka hendaklah ia berusaha untuk memuntahkannya.” (HR. Ahmad no 8135)

Dari Ibnu Abbas, “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang untuk bernafas atau meniup wadah air minum.” (HR. Turmudzi no. 1888 dan Abu Dawud no. 3728, hadits ini dishahihkan oleh Al-Albani)

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu beliau mengatakan, “Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam minum beliau mengambil nafas di luar wadah air minum sebanyak tiga kali.” Dan beliau bersabda, “Hal itu lebih segar, lebih enak dan lebih nikmat.” Anas mengatakan, “Oleh karena itu ketika aku minum, aku bernafas tiga kali.” (HR. Bukhari no. 45631 dan Muslim no. 2028)

Dengan demikian mari biasakan minum air putih dan meminum cara Nabi agar tubuh kita tetap sihat dan terhindar dari pelbagai penyakit, dan InsyaAllah lebih barakah. Wallahu a’lam.

Solat Subuh Berjamaah Sumber Nadi Kekuatan Umat Islam

“tibalah saat kalian harus kembali dan bertaubat kepada Allah. Tibalah saatnya kalian meninggalkan segala teriakan kekesalan dalam hidup kalian dan gigihlah. Tibalah masanya untuk kalian membangunkan diri kalian lalu melaksanakan solat Subuh berjamaah. Tibalah saatnya kalian belajar membangun kecergasan dan kreativiti mendahului orang lain. Tibalah saatnya kalian memperlihatkan akhlak yang mulia dan mengamalkan segala isi kandungan al-quran dan mengikuti teladan sunnah Nabi SAW” -Syeikh Ahmad Yassin-


Solat Subuh Berjamaah Sumber Nadi Kekuatan Umat Islam ~ BUMI Palestin di mana terletaknya Masjid Al-Aqsa’ merupakan tanah suci umat Islam dahulu, kini dan selamanya. Namun sayangnya hari ini bumi ini masih di tangan Yahudi Zionis laknatullah. Tanah suci ini merupakan maruah kita, seluruh umat Islam. Ini adalah cabaran dan perjuangan umat Islam hari ini, yang mana setiap generasi dan zaman ada sahaja perjuangan dan cabaran yang telah ditentukan oleh Allah SWT untuknya.


Manusia diciptakan oleh Allah dengan tujuan yang sangat mulia. Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna dengan tujuan tidak lain hanyalah untuk menyembah dan mengabdikan diri kepada-Nya. Allah menganugerahkan manusia dengan akal fikiran untuk melaksanakan segala amanah dan tuntutan ini. Rasulullah SAW bangkit meneruskan perjuangan rasul-rasul terdahulu membawa agama ini bermula dengan seorang diri dan perjuangan menegakkan risalah agung ini disambut oleh para sahabat baginda. Sirah agung Rasulullah SAW merakamkan susah payah baginda dan sahabat di pulau, dihalau, dicaci, dikeji dan akhirnya terpaksa menempuh dan melalui siri-siri peperangan demi menegakkan agama yang mulia ini. Perjuangan ini sambung-menyambung sehinggalah melahirkan generasi yang pernah berjaya membebaskan bumi Al-Aqsa’. Kini kita ditakdirkan hidup pada zaman ini, di akhir zaman di mana umat Islam cukup lemah.

Kini timbul persoalan, masihkah ada harapan untuk kita melaksanakan tuntutan perjuangan yang cukup besar dan mencabar ini? Persoalan sebegini timbul kerana usahkan bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa, umat Islam di Arakan Rohingya, Selatan Thailand yang dekat agak dekat dengan kita pun tidak mampu untuk kita bantu. Banyak keadaan pada masa kini menunjukkan mereka yang kuat dan bersenjata akan terus menguasai dan yang lemah akan tertindas. Umat Islam hari ini berada di bawah, emparalisme barat dan timur dengan rakus menjajah dan menjarah tanah umat Islam.

Apakah kaitan antara ibadah yang kita lakukan hari ini dengan perjuangan membebaskan tanah suci umat ini? Sebenarnya umat Islam ada kekuatan tersendiri, iaitu kekuatan manusia yang beriman kepada Allah SWT. Manusia akan menjadi kuat kerana ada kehendak dan akal untuk berfikir bagi mencapai kehendaknya dengan bersungguh-sungguh. Islam mengajar dan mentarbiyyah kita melalui ibadah untuk kita menjadi kuat.

Contohnya apa yang berlaku di bumi Palestin melalui seorang tokoh pejuangnya, almarhum Syeikh Ahmad Yassin atau nama sebenarnya Syeikh Ahmed Ismail Hassan Yassin. Beliau lahir pada tahun 1938, di sebuah kampung bernama al-Jaurah, daerah Majdal di dalam wilayah Asqalan (Ashkelon). Dia hidup di desa yang indah berdekatan dengan pantai, di sekelilingnya banyak tanaman seperti buah tin, anggur, zaitun dan sebagainya. Dia dibesarkan di sana sehingga tahun 1948. Beliau ditakdirkan menyaksikan pengganas Yahudi menjajah dan merampas hampir keseluruhan bumi Palestin sejak dari kecil. Pada tahun 1948 beliau dan keluarganya sendiri dipaksa berpindah ke kawasan Ramallah Semenanjung Gaza setelah sekolah dan kampung halamannya dihancurkan oleh Israel.

Semasa membesar di Gaza, beliau gemar membaca buku dan sangat cerdas akalnya. Beliau mengenal dakwah Ikhwan Muslimin melalui para sukrelawan yang berjuang di Palestin. Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajarannya dan amat disayangi oleh guru-gurunya ketika berada di sekolah. Beliau juga merupakan seorang ahli sukan yang aktif di zaman persekolahannya. Ketika berumur 16 tahun telah ditimpa kemalangan, di mana beliau telah terjatuh ketika sedang beriadah dan bermain bersama temannya di tepi pantai yang menyebabkan beliau mengalami lumpuh kerana kerosakan teruk pada sarafnya.

Keadaannya yang lumpuh, tidak mengahalang beliau untuk cemerlang dalam pelajaran dan dilantik menjadi guru. Di bumi Gaza beliau berperanan sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di masjid Gaza. Beliau terkenal sebagai khatib yang mampu menyentuh manusia melalui khutbah-khutbah yang disampaikannya. Selain daripada dua tugas utama tersebut, Semenanjung Gaza juga telah menyaksikan jasa Ahmad Yassin sebagai sekarelawan dan pendakwah yang gigih mendidik anak-anak remaja dan para pemuda dengan didikan Islam. Dari usia muda hinggalah berusia tua beliau bergerak aktif sebagai aktivis Islam mentarbiyyah dan menggerakkan pemuda-pemuda Palestin untuk meneruskan perjuangan Islam dan jihad di sana.

Usahanya tidak terhenti setakat itu sahaja, beliau dan beberapa anggota Ikhwan Muslimin yang lain telah menubuhkan sebuah gerakan jihad yang dinamakan sebagai al-Mujahidun al-Filastiniyun pada tahun 1982. Pada tahun 1983, ketika beliau menjawat jawatan sebagai pengarah Pusat Islam di Gaza, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis diatas tuduhan memilki senjata api dan cuba untuk menggugat kerajaan Zionis Israel. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun melalui mahkamah tentera Israel, namun pada tahun 1985 hasil dari proses pertukaran tawanan di antara pihak PLO dengan rejim Zionis, beliau telah dibebaskan.

Melihatkan kepada situasi negara Arab waktu itu, yang tidak lagi berminat untuk memerdekan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa, begitu juga dengan gerakan PLO yang semakin meraikan rejim Zionis Sheikh Ahmad Yassin dan juga rakan-rakannya di dalam pertubuhan Ikhwan Muslimin telah menubuhkan gerakan pembebasan Islam yang dikenali sebagai , Haraqah Muqawamah Islamiyah (HAMAS) pada tahun 1987. HAMAS telah memulakan corak penentangan cara baru, iaitu dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan pertempuran secara bersemuka dengan pihak tentera Zionis. Kebanyakan ahli pergerakan ini adalah para pemuda yang dididik di masjid-masjid. Mereka merupakan pemuda-pemuda yang juga dikenali dengan nama Atfal Hijarah (Kanak- kanak Batu) kerana menggunakan batu sebagai senjata untuk berhadapan dengan tentera Zionis. Penentangan yang mempunyai impak yang besar terhadap rejim Zionis ini dikenali sebagai Intifadah.

Pada bulan Ogos 1988 pihak tentera Zionis telah merobohkan rumahnya dan membuangnya ke sempadan Lebanon. Pada tahun 1989, beliau bersama ratusan anggota pergerakan HAMAS yang lain telah dipenjarakan. Beliau sendiri dipenjarakan di penjara tentera selama 15 tahun. Selama penahanan tersebut beliau telah mengalami penyiksaan yang dasyat sehingga lumpuh seluruh tubuh kecuali kepalanya sahaja. Beliau juga mengalami kehilangan penglihatan mata kanannya dan juga kekaburan penglihatan pada mata kirinya selain daripada masaalah pendengaran akibat tekanan dan deraan yang dikenakan ke atasnya. Sepanjang tempoh itu juga beliau dihidapi jangkitan pada paru-paru dan perutnya. Pada hari Rabu 1 Oktober 1997, hasil dari perundingan pertukaran tawanan di antara kerajaan Jordan dengan rejim Zionis, Syeikh Ahmad Yassin sekali lagi berjaya dibebaskan dari tahanan penjara Israel.

Umur Syeikh Ahmad Yassin dihabiskan untuk dakwah dan jihad. Cara fikir dan lidahnya sangat digeruni oleh musuh Islam, Yahudi Zionis. Sejurus pembebasannya Syeikh Ahmad Yassin kembali memainkan peranannya sebagai pemimpin agama bagi gerakan HAMAS yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Palestin dan juga semakin digeruni oleh rejim Zionis.

Antara pesanan Syeikh Ahmad Yassin yang menghidupkan hati-hati pemuda ialah, “Rahsia hidup manusia terletak pada kemahuan dan prinsip yang dianut selama hidupnya. Seorang materialistik akan berkata, “Jika dunia terlepas dari tanganku, maka rugilah aku segalanya”. Akan tetapi seorang mukmin yang akan berangkat menuju syurga yang luasnya seluas langit dan bumi itu akan berpindah dari dunia ke ketenangan di sisi Rabb-Nya. Dia menunggu-nunggu hari pertemuan itu dan berperang demi meraih kemenangan hari ini”.

Nyawa beliau setiap saat sering diancam oleh muncung-muncung tentera Zionis. Namun ia tidak menghalangnya untuk tetap tenang dan istiqamah menunaikan solat wajib di masjid. Menurut isterinya, Hajjah Ummu Muhammad, pada hari-hari terakhirnya sebelum syahid beliau sempat mengungkapkan kata-kata di hadapan sebahagian anaknya. “Saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan dan memang itulah yanag saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia”, kata beliau.

Pada 6 Jun 2003 sebuah helikopter Apache milih tentera Zionis telah membedil dan merobohkan rumah Syeikh Ahmad Yassin, ketika serangan itu beliau selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya. Namun 22 Mac 2004, Yahudi Zionis sekali lagi menyerang Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau dalam perjalanan pulang dari mesjid setelah selesai solat subuh secara berjemaah. Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas Syeikh yang lumpuh itu telah berjaya mengorbankan Syeikh Ahmad Yassin dan empat yang lainnya.

Keimanan yang tinggi kepada Allah SWT dan kegigihan beliau menghidupkan masjid sehingga roh jihad ditiup kepada pemuda Palestin merupakan sumber kekuatan beliau yang harus dicontohi oleh kita, generasi hari ini.
Antara mutiara nasihatnya buat para pemuda, “tibalah saat kalian harus kembali dan bertaubat kepada Allah. Tibalah saatnya kalian meninggalkan segala teriakan kekesalan dalam hidup kalian dan gigihlah. Tibalah masanya untuk kalian membangunkan diri kalian lalu melaksanakan solat Subuh berjamaah. Tibalah saatnya kalian belajar membangun kecergasan dan kreativiti mendahului orang lain. Tibalah saatnya kalian memperlihatkan akhlak yang mulia dan mengamalkan segala isi kandungan al-quran dan mengikuti teladan sunnah Nabi SAW”

Masjid adalah sumber kekuatan umat ini. Islam diperkuatkan oleh generasi pemuda yang memenuhi masjid. Buktinya Intifada di Palestin yang digerakkan oleh Syeikh Ahmad Yassin, individu yang cacat fizikal tapi punya akal yang cerdas, mempunyai kekuatan kehendak dan keazaman yang kuat. Solat subuh berjamaah di masjid adalah latihan yang mendidik kita untuk menjadi muslim yang kuat kehendaknya. Jika tiada kehendak yang kuat masakan seseorang muslim boleh bangkit di keheningan subuh melangkah menuju ke rumah Allah untuk menunaikan tuntutan solat berjamaah.

Sesungguhnya solat Subuh berjamaah adalah identiti seorang muslim, sumber kekuatan umat Islam. Marilah kita membina kembali kekuatan rohani umat Islam hari ini dengan penuh keinsafan, kesedaran dan kesungguhan.

KASLAWATI BINTI KASSIM
Penolong Setiausaha
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremba

**Catatan ini berdasarkan isi ceramah Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman sempena Program Kempen Solat Subuh Berjamaah Bebaskan Al-Aqsa’ di Masjid Kariah Panchor Jaya.

Sumber: Islam terinda
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Tips Wajib Tahu Cara Atasi Ilmu Pukau

Pukau boleh berlaku melalui kaedah seperti hembusan asap rokok, renungan mata, senyuman, minuman, telefon (percakapan dan SMS), bersalaman, melalui angin, menepuk belakang, serta membuang najis atau pakaian buruk di hadapan rumah mangsa. Banyak juga kes pukau terjadi menggunakan medium laman sosial seperti Facebook dan Twitter. - istune


Tips Wajib Tahu Cara Atasi Ilmu Pukau ~

Kita juga harus berhati-hati sekiranya menemui benda pelik seperti telur busuk, selipar sebelah dan najis manusia di hadapan rumah kerana itu adalah salah satu cara untuk menghantar ilmu pukau ke rumah bagi tujuan jenayah.

Pukau boleh berlaku dalam tempoh sekitar 5 hingga 10 saat. Bagi wanita, anak gadis atau remaja, lazimnya mereka terjebak dengan pukau yang membabitkan perasaan cinta. Sebab itulah kita sering dengar, ada orang yang sanggup mengikut lari lelaki yang baru dikenali termasuklah warga asing kerana apabila terkena pukau, individu itu akan berasa terlalu sayang kepada orang yang mengenakan sihir ke atasnya.
Tanda-Tanda Dipukau
Tanda-tanda mereka yang terkena pukau ialah nampak sesuatu yang sebaliknya misalnya, hodoh bertukar cantik.
Selain itu, jantung berdebar-debar, terima panggilan senyap, sakit di belakang badan dan sakit kepala khususnya menjelang waktu Maghrib juga merupakan tanda seseorang terkena ilmu pukau.
Mereka yang terkena ilmu pukau ini biasanya tidak akan sedar melainkan selepas ditegur oleh orang sekeliling seperti ahli keluarga terdekat yang nampak perubahan diri mereka.

Terdapat kes yang membabitkan seorang lelaki yang terkena ilmu pukau ketika dia mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM). Selepas terkena ilmu tersebut, lelaki itu mengalami kemurungan selama tiga tahun.




Lihat diantara kes berkaitan;

Kes 1; Melihat Mata
Kes seorang bekas pekerja Telekom Malaysia kerugian lebih RM20,000 selepas barang kemas dan jam tangan miliknya dilarikan oleh seorang wanita berjubah hitam di Padang Serai, Kedah. Mangsa mendakwa, dia tidak menyedari kehilangan barangan tersebut kerana telah dipukau oleh wanita tersebut. 

Ceritanya, ketika kejadian, dia bersama suami serta beberapa ahli keluarga lain keluar untuk membeli barangan keperluan di pekan Padang Serai kira-kira pukul 10.30 pagi. 

Ketika singgah di sebuah gerai menjual ubat tradisional, dia tiba-tiba dihampiri oleh seorang wanita yang tidak dikenalinya. Wanita itu mendakwa dia mengalami sakit mata dan meminta saya melihat ke arah matanya yang merah. Saya mengikut arahannya dan sebaik melihat mata wanita itu secara dekat, saya tidak sedar apa yang berlaku selepas itu

Kes 2; Disapa Wanita Seksi
Seorang warga emas dan isterinya bukan saja disamun dalam sebuah kenderaan, malah dipaksa berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer apabila terpedaya dengan janji manis suspek kononnya ingin meminta bantuan mangsa sebagai penjamin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa lelaki berusia 77 tahun bersama isterinya, 50,  baru saja mengeluarkan wang RM10,000 dari sebuah bank dipercayai untuk digunakan bagi membaik pulih rumahnya. Modus operandi kumpulan itu menggunakan seorang wanita sebelum mangsa dibawa bertemu dengan dua lagi lelaki yang sedang menunggu di dalam sebuah kereta dan kemudiannya menyamun mangsa dalam kenderaan berkenaan. 

Mangsa kemudiannya akan ditinggalkan selepas disamun. Mangsa yang dalam keadaan ketakutan menyerahkan wang tunai RM10,000, jam tangan dan cincin yang dipakai isterinya kepada suspek.

Kes 3; Melalui Laman Soaial FB
Seorang gadis 18 tahun, menceritakan sewaktu hari kejadian dia dilaporkan hilang, dia mendakwa dirinya seperti dipukau dan sekadar mampu untuk menuruti arahan seorang teman lelaki yang baru dikenali dalam laman sosial Facebook. Menurutnya, setelah dia keluar dari tempat kerja dan mengikut lelaki terbabit, beliau mendakwa dihantar ke sebuah rumah dan dikenalkan dengan seorang rakan perempuan lelaki terbabit. 

Sepanjang tinggal di situ, fikiran saya seolah-olah kosong dan saya tidak mampu untuk mengingati apa-apa termasuk diri sendiri dan ahli keluarga. Setelah hampir 20 hari menghilang, saya terbaca berita kehilangan diri saya melalui akhbar dan saya lantas mengingati kembali segala-galanya mengenai diri saya dengan serta-merta.

Kes 4; Juga Melalui Laman Soaial FB
Kisah seorang isteri yang dilarikan warga Indonesia bulan lalu dipercayai dibawa ke negara berkenaan dengan menaiki tongkang melalui Pelabuhan Klang sehari selepas dia dilaporkan hilang. 

Dia juga terpaksa menempuh perjalanan yang panjang termasuk menaiki bas selama lima hari lima malam dari Medan ke Surabaya. Mereka hanya mahukan wang dan akan meninggalkan isteri saya yang dipukaunya selepas apa yang dihajati tercapai. 

Warga Indonesia yang kelihatan alim ketika bekerja di sini telah berumahtangga dan mempunyai seorang anak perempuan berusia sembilan tahun,berlagak alim itu turut menjual barang kemas ibu kepada tiga anak itu yang dipukau bernilai RM15,000 sebelum bergerak ke Rambipuji Daerah Jemba, Surabaya. 

Ketika ditemui, wanita itu tidak menunjukkan sebarang perasaan dan hanya kenali suaminya sebagai orang biasa bukan sebagai suaminya, beliau sering meracau-racau dengan menunjukkan dia berada dalam keadaan tidak sihat. dengan bantuan penduduk di sana membawa isteri mendapatkan rawatan di sana kerana dipercayai terkena ilmu hitam. Selepas menjalani rawatan tersebut, beliau mula mengenali saya dan mula teringatkan anak-anak.

Kes 5; Dicalit Minyak
Terdapat satu kes di mana seorang remaja perempuan yang baharu pulang dari Mesir selepas menamatkan pengajian di sana menaiki bas dan duduk bersebelahan dengan seorang Awang Hitam. 

Warga Afrika itu cuba berbual-bual dengan remaja terbabit tetapi tidak dilayan. Kemudian, dia berpura-pura terpegang pergelangan tangan mangsa tetapi sebenarnya dia mencalitkan minyak dagu kepada remaja itu. 

Selepas kejadian itu, remaja terbabit sering termimpikan Awang Hitam berkenaan. Remaja tersebut cuba mencari Awang Hitam itu di lokasi perhentian bas yang dijumpainya dan selepas itu, dia dilaporkan hilang selama dua bulan dan dipercayai mengikut warga Afrika terbabit. Lebih mengejutkan, apabila remaja berkenaan pulang ke kampung dua bulan selepas itu, dia berpakaian seksi sedangkan dahulunya dia bertudung labuh.

Kes 6; Menjawab Salam Dari Orang Tak Dikenali
Seorang wanita berusia 37 tahun yang tinggal bersendirian di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur dipukau hingga separuh bogel sebelum disamun. Ketika kejadian dia berseorangan di rumah manakala adik sepupunya keluar untuk membeli barang. 

Selepas mendengar orang memberi salam di pintu hadapan dia tanpa teragak-agak membuka pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, beliau melihat seorang lelaki dan wanita berdiri di muka pintu. Lelaki itu berbaju Melayu hitam manakala pasangannya berpurdah. 

Saya yang seperti terkaku membenarkan mereka masuk ke dalam rumah.Sebaik sahaja masuk, pasangan itu bertanyakan tempat saya menyimpan barang berharga dan saya lantas menunjukkan tempat simpanan itu kepada mereka. Tidak cukup dengan itu, beliau diarahkan membuka pakaian dan tanpa rasa malu, saya hanya menuruti arahannya itu dalam keadaan separuh sedar. 

Selepas mengambil barangan bernilai lebih RM10,000, mereka mengarahkan saya berbaring di dalam bilik sebelum mereka bergegas keluar.

Beliau tidak dapat menggerakkan badan sehingga adik sepupu saya pulang ke rumah dan mengejutkannya. Apabila mendapati dirinya berada dalam keadaan separuh bogel dan rumahnya bersepah, barulah Sarifah tersedar ia angkara pasangan berlagak alim yang masuk ke rumahnya itu.

Kes 7; Dihembus Asap Rokok
Ibu kepada seorang anak dan sudah mendirikan rumah tangga selama 15 tahun, dia mempunyai masalah sering berasa dingin setiap kali ingin bersama suaminya. 

Setelah menceritakan masalah yang dihadapi itu kepada seorang rakan yang seterusnya memperkenalkannya kepada seorang bomoh di Selangor. bagi memulihkan keadaan saya itu. 

Bomoh tersebut berjanji mahu membantunya dengan mengenakan kos rawatan sebanyak RM3,000 serta kos tambahan bagi tujuh rawatan yang lain.Untuk sesi rawatan pertama, Mona diajar cara perhubungan seksual yang dapat membantu meningkatkan kemesraan antara suami isteri oleh bomoh berkenaan dan isterinya. 

Bomoh itu meminta Mona membawa wang kononnya untuk membeli beberapa peralatan yang akan digunakan. Sepanjang proses rawatan itu, bomoh itu meminta kebenaran untuk merokok. Sebaik saja bomoh itu menghembuskan asap rokok, Beliau pening dan seakan-akan mengikut kata-kata bomoh berkenaan.

Bomoh itu memberitahu dia perlu memasukkan minyak yang sudah dijampi ke dalam bahagian sulitnya kerana katanya, ada saka dan ia perlu ditarik keluar. Tanpa sebarang bantahan, beliau sekali lagi akur. Akhirnya beliau mengalami kerugian hampir RM6,000 akibat dipukau oleh bomoh berkenaan.
Dan banyak lagi kes-kes yang tidak berkesudahan banyaknya...


Tips Wajib Tahu Cara Atasi Ilmu Pukau Cara untuk pelindung diri


Bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa pukau, kita supaya menjauhkan diri daripada orang tidak dikenali yang secara tiba-tiba ingin rapat, di samping jangan mudah percaya kepada seseorang.

Jika pengamal ilmu sihir boleh melakukan latihan untuk mendapatkan ilmu yang dikehendaki, Kita juga perlu melatih diri kita dengan mengamalkan panduan yang boleh mengelakkan diri dari terkena ilmu berkenaan. Jika mendengar salam yang diberi oleh orang yang tidak dikenali, jangan dijawab dahulu dan jangan terus bertentang mata mereka.

Antara kaedah yang boleh diamalkan;
[1]. Berwuduk
Cara paling mudah seseorang itu mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau ialah dengan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk supaya jin dan syaitan tidak dapat menguasai diri kita. 

Latihan seperti itu perlu diamalkan supaya niat jahat seseorang itu tidak berjaya kerana hanya wuduk mampu mematahkan semua niat jahat ingin diperlakukan kepada kita. Lagi cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau ini iaitu dengan mengamalkan ayat suci al-Quran dan zikir sebagai benteng untuk diri.

[2]. Berdoa
Setiap kali keluar rumah jangan lupa baca doa yang sewajarnya dan sentiasa menjaga solat sebagai perisai mukmin.

3]. Ayat Kursi
Antara Beberapa khasiat Ayat Al-Kursi :
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sholat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.


[4]. Membaca Surah Al-Muawwizat
(Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas)

Fadhilat Surah Al-Muawwizat
Keistimewaan dan khasiatnya mengamalkan ‘Surah Al-Muawwizat’ adalah;
-  Pelindung / pendinding diri.
-  Penyembuh segala penyakit zahir dan batin.
-  Segala keperluan hidupnya akan dicukupkan dan sempurna.
-  Terpelihara daripada segala keburukan dan kemudaratan.
-  Memperoleh pahala sunnah apabila diwiridkan selepas solat fardhu.

Untuk 'pendinding diri'.
Amalkan membaca beberapa ayat suci al-Quran seperti surah Hud (ayat 57) setiap kali selepas solat fardu, surah Yassin (ayat 9), surah as-Soffat (ayat 6) dan surah Yunus (ayat 81 dan 83) - istune

Sumber: Islam Itu Indah

Panduan Solat Sunat Malam Qiyamullail


Panduan Solat Sunat Malam Qiyamullail | Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)

Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka.

Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.”  (HR; Muslim)

Hebatnya Malam
Malam adalah waktu paling istimewa dan hebat. Allah SWT menyifatkannya sebagai malam yang berkat. Firman Allah SWT;

وَآيَةٌ لَّهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُم مُّظْلِمُونَ ﴿٣٧
“Dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran Allah) untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;” (Yaa Siin 36:37)

Firman Allah SWT:
 وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا ﴿٧٩
“Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”  (Surah al-Isra’: 79)

Banyak perkara-perkara kerohanian berlaku pada waktu malam, contohnya Nabi Muhammad SAW mengalami Israk dan Mikraj pada waktu malam, al-Quran turun pada malam Lailatul Qadar,  Allah SWT berdialog dengan Nabi Musa a.s. setelah baginda bermunajat selama 40 malam di Bukit Tursina juga berlaku pada waktu malam. Kitab-kitab terdahulu juga diturunkan pada waktu malam, Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan pada waktu malam dan Baginda mendapat perintah Allah mengorbankan anaknya Ismail a.s. pun berlaku pada waktu malam.

Terdapat keistimewaan dan kekuatan luar biasa pada waktu malam.

Menghidupkan dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan yang sebenar.
Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan
Dapat muhasabah kekuatan diri
Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.
Menghindari sifat riak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT sahaja.

Nas Keutamaan Mengamalkan Qiamullail
Orang-orang yang melalui malam hari dengan bersahur dan berdiri untuk Tuhan mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang berqiamullail di malam hari semata-mata kerana Allah Ta’ala. Allah SWT juga bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu ialah orang-orang yang beriman. Firman Allah Taala :

إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ , تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ ,   (السجدة : 15-16)
“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.”

Apabila manusia mendekatkan diri kepada Allah maka Allah SWT mengatur dan menjamin kehidupannya. Rasulullah SAW menerangkan bahawa, Allah SWT berfirman:

“Manusia menjadi hampir dengan Daku apabila dia melakukan perbuatan yang Daku sukai iaitu amalan fardhu yang diperintahkan kepadanya. Dia kemudian terus berusaha mendekatkan dirinya dengan-Ku dengan melakukan amalan sunat, sehingga Daku mencintainya. Apabila Daku mencintainya, maka Daku menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar. Daku juga menjadi penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk memegang dan kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Apabila dia memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Daku kabulkan. Apabila dia memohon perlindungan, pasti Daku memberikan perlindungan kepadanya.”  (HR; Bukhari;)

Berkata Salman Al-Farisi, Rasulullah SAW. telah bersabda: “Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai, kerana ia ibadah kelaziman orang-orang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan.”

Berkata Abdullah bin Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai manusia! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makanan, hubungilah silaturrahim, dan kerjakanlah solat waktu malam dikala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Dan berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW, lalu berkata: “Hai Muhammad! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan hamba akan dibalas, dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan meninggalkannya. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah Qiamullai dan harga dirinya ialah terkayanya (tidak meminta-minta) dari manusia.”

WAKTU AFDAL QIAMULAIL
Adalah lebih afdal dilewatkan Qiamullail sehingga kepada salah satu pertiga yang akhir dari malam.

Rasulullah SAW bersabda: “Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya.”  (H.R. Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya)

Maksud hadis ini : Bahawasanya pintu rahmat Allah itu terbuka pada malam hari seluas-luasnya, khususnya pada akhir-akhir malam. Segala permohonan diterima pada ketika itu.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan solat malam dan baginda menggalakkannya sehingga ia bersabda: “Hendaklah kamu mengerjakan solat malam itu walaupun satu rakaat.”   (Al-Tibrani)

DOA QIAMULLAIL


AMALAN QIAMULAIL
Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menunaikan solat malam, antaranya membersihkan diri sebelum tidur, mengambil wuduk dan tidur menghadap kiblat.

Solat malam perlu dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan sebanyak mungkin rakaat mengikut kemampuan.
Ketika Qiamullail digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut:-
Solat Sunat Tahajjud
Solat Sunat Taubat
Solat Sunat Tasbih
Solat Sunat Hajat
Solat Sunat Witir
3.   Disamping itu beramallah juga dengan amalan seperti membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya.

FADILAT QIAMULAIL
Sentiasa mendapat keredaan dan pengawasan Allah SWT.
Memudahkan menyeberangi jambatan siratulmustakim. 
Waktu mustajab doa dikabulkan Allah SWT.
Jabir mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada malam hari, ada satu saat (yang berkat) yang jika seseorang Muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia dan akhirat, nescaya Allah kabulkan doanya. Saat itu wujud pada setiap malam.”

HIKMAH QIAMULAIL
Bangun bersolat dan bertasbih pada sebahagian malam akan;

Ayat-ayat bacaannya lebih sempurna dan betul.
Membawa kesan iman yang mendalam,

PENUTUP
Rasulullah SAW meminta umat Islam bangun beribadat pada tengah malam dan Baginda sendiri melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Aishah meriwayatkan: “Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersolat hingga bengkak kedua-dua kakinya, maka aku (Aishah) berkata kepada Baginda: Mengapa, Ya Rasulullah, tuan hamba melakukan ini semua? Bukankah tuan hamba telah diampunkan perkara terdahulu dan terkemudian?”

Jawab Baginda SAW: “Bukankah aku ini hamba yang bersyukur.”

Lihatlah walaupun Rasulullah SAW itu maksum dan telah diampunkan segala dosa dan kesalahannya, Baginda tetap bangun Qiamullail sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT pada sebahagian akhir malam untuk bersolat hingga bengkak kedua-dua kaki Baginda SAW.

Adakah kita yang mengaku umatnya masih berasa sombong dengan pekara2 lagha (sia-sia), tanpa mahu menauladani sunnahnya meraih Qiamullail sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini.

Sekiranya kita ada berqiamullail, yang utamanya adalah keikhlasan beramal. Janganlah pula menceritakannya kepada orang lain kerana akan jadi su’mah ataupun riya’, seterusnya mungkin mengakibatkan kehilangan pahala (bergantung kepada niatnya). InsyaAllah bila ikhlas beramal hanya kerana Allah SWT semata2, akan beroleh ganjaran pahala di dunia dan juga di akhirat. ~ DD


والسلام

Video Panduan Solat Sunat Malam Qiyamullail

Sumber: Digital Dakwah Channel



Video Bacaan Ash Shaffat Oleh Yusuf Kalo


Video Bacaan Ash Shaffat Oleh Yusuf Kalo | Terujanya bila dengar adik Yusuf Kalo Ali dari Indonesia ini mengaji surah Ash - Shaffat yang antara ayatnya menjadi keutamaan apabila berdoa dan berselawat

Surah ke 37 : 182 Ayat Diturunkan di Makkah.
Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa membaca surah Ash-Shaffat, ia akan dikurniakan pahala sepuluh kebaikan dengan sejumlah setiap adanya makhluk jin dan syaitan, dijauhkan dari godaan syaitan, diselamatkan dari kemusyrikan, dan pada hari kiamat dua malaikat penjaganya akan bersaksi bahawa ia mempercayai semua rasul.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 4/309). Infor seterusnya ~ Keutamaan Surah Ash-Shaffat


Panduan Solat Sunat Tasbih


Panduan Solat Sunat TasbihSolat sunat tasbih merupakan solat sunat yang didalamnya dibaca sebanyak 300 tasbih dalam 4 rakaat. Bagi solat ini: 

Versi Ringkas, 
1) Sekiranya solat pada siang hari, hendaklah dikerjakan dengan 4 rakaat dan satu salam
2) Sekiranya solat pada malam hari hendaklah ditunaikan tiap-tiap 2 rakat dengan satu salam.
Cara mengerjakan solat sunat tasbih adalah seperti berikut:
Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat tasbih empat rakkat / dua rakaat kerana Allah Taala”
Bacaan surah selepas membaca surah Al-fatihah iaitu
i) Pada rakaat pertama surah al-Takathur
ii) Pada rakaat kedua surah Al-Asr
iii) Pada rakaat ketiga surah al-kafirun
iv) pada rakaat keempat surah al-ikhlas
Bacaan tasbihnya ialah ” Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah wallahu akbar.
Bilangan tasbih pada setiap rakaat ialah:
a) 15 kali selepas membaca surah
b) 10 kali ketika ruku’ selepas tasbih ruku’
c) 10 kali ketika iktidal
d) 10 kali ketika sujud selepas tasbih sujud
Semoga bermanfaat!

Versi Panjang,
Panduan ini pula adalah hasil ihsan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sila rujuk gambar di bawah yang diperolehi dari JAKIM. Boleh download keseluruhan panduan Qiamullail dari JAKIM dalam bentuk PDF di sini.










Sumber: Panduan Qiamullail, Cetakan Ketigabelas, 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)